Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya, gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha
Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali
dan Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri
Cukup mencintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Cukup mencintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku
dengan perlahan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
Ku serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang
pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti
kehormatan dirinya akan terjaga." (Umar Bin Khattab ra)
Cukuplah mencintai dalam diam
Bukan kerana membenci hadirnya
Tetapi menjaga kesuciannya
Bukan kerana menghindari dunia
Tetapi meraih syurga-NYA
Bukan kerana lemah untuk menghadapinya
Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan
yang begitu halus & menyelusup
Cukup mencintai dari kejauhan...
Cukup mencintai dari kejauhan...
Kerana hadirmu tidak akan mampu menjauhkan
diri dari ujian
Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman
dan ketenangan
Kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati
yang terjaga
Cukup mencintai dengan kesederhanaan
Cukup mencintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan,
menumbuhkan harapan,
dan hanya akan menambahkan kebahagiaan para
syaitan
Cintailah dengan keikhlasan
Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi
Talib diingini oleh hati tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah
cinta Salman Al Farisi..?
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu
si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya.
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah
Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam, Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan &
Keikhlasan
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir
mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun
berhilir hanya kepada ALLAH
No comments:
Post a Comment